Friday, July 6, 2012

Ayam Halia

Assalamualaikum...
Hello peeps!!!

Alhamdulillah. Baru je selesai makan tengah hari walaupun hari dah nak malam. Begini lah kehidupan seharian orang bujang macam aku. keh keh keh.. By the way, menu hari ni simple je iaitu ayam halia memandangkan kat rumah ni tinggal beberapa ketul je.

Live dari Dapur Bujang

Bahan-bahan

Ayam 
Bawang Besar
Halia
Sos Tiram
Garam

Memula lumurkan garam pada ayam yang nak digoreng. Garam sahaja. Tak perlu kunyit bagai. Pastu boleh la goreng. Bila dah masak, asingkan. Then, tumiskan bawang besar dan halia, bila dah wangi, masukkan sos tiram secukupnya dan akhir sekali masukkan ayam yang dah siap goreng tadi. Gaul kan hingga rata. 

P/s : Senangkan? Cepat dan ringkas. Selamat mencuba! :) 

Btw, stress dengan link iklan kat kotak jerit yang ditinggalkan oleh individu yang macam .... tetttt!

No comments:

 

Designed by : Diera Cikimon