Thursday, July 19, 2012

10 Perkara Biasa Dalam Drama Korea

Assalamualaikum..
Hello peeps!

Aku suka tengok cerita Korea! Kalau waktu muda remaja dulu sanggup stay up tengah malam-malam buta semata-mata nak habiskan drama Korea. Sekarang ni ada lah sikit-sikit stay up tapi tak adalah sama macam dulu. Sepanjang aku tengok cerita Korea ni, aku perasan ada beberapa scene yang wajib ada untuk setiap drama Korea. Kiranya macam makan burger nak kena ada sos la baru ada umphh! Mana datang entah perumpaan aku ni ha.

#Rooftop Prince salah satu cerita yang sangat best. Wajib tengok!

Kat bawah ni adalah perkara-perkara biasa yang korang akan tengok dalam drama Korea :

1. Hero mestilah seorang yang kaya raya, sampai macam satu negara la diorang yang punya. Contohnya macam cerita Boys Over Flower and My Girl. (Kebanyakkan la kan)

2. Scene cabut bateri handphone bila tak nak jawab panggilan. Agak-agak kenapa ya? Tak boleh je just offkan handphone tu? Ada siapa-siapa boleh terangkan? -.-"

3. Scene mandi kat tempat awam sambil makan telur rebus dan ketuk telur tu kat kepala untuk makan. 

4. Scene piggy back mesti ada. HARUS OK!

5. Sesi makan ramen. Yang ni harus ada sampai aku pun naik terliur tengok dorang makan.

6. Scene gosok gigi mesti ada. Sampai aku naik loya nengoknya. -.-"

7. Mesti nak ada scene yang hero atau heroin menghilangkan diri. Bila dah tak ada depan mata baru la tahu sebenarnya memang masing-masing memang saling memerlukan. Aduh! 

8. Setiap cerita mesti ada teddy bear or atau apa-apa yang melambang cinta mereka. Gitulah. Haha

9. Hero selalunya sangatlah keras kepala dan ego yang tinggi tahap maksima punyalah.

10. Kebanyakkan hero kedua adalah seorang yang sangat gentleman dan sentiasa ada bila si heroin sedih dan susah tapi sangat slow untuk bertindak. Akhirnya putih mata.

Fuh! Tu lah antara perkara-perkara yang selalunya ada dalam drama Korea. Agak-agak ada lagi tak?Kalau ada jangan segan-segan kongsi kat sini. ^_^


By the way, walaupun jalan ceritanya still sama tapi aku tetap layan drama Korea ni. Best wooo!

8 comments:

trah zain said...

haha.. scene gosok gigi yg xthn tu, msti ad..haha

Dira said...

kann..boleh di katakan wajib.haha

Cik Alin said...

haha! setuju sgt2!

Dira said...

@cik Alin : kaannn.. :)

saljurindu said...

satu lg diorang suka tolak-tolak kepala kan.. :)
yang makan ramen tu cam best jew diorang makan bila saya masak meggi cam x best la plak.. hhahahaha.. :)

Dira said...

@saljurindu: Betul2..tolak2 kepala tu biasa.Makan maggi plak mmg boleh terliur lah kalo tgk.heee :D

yatt said...

singgah sini jap.
scence belari wajib ada. tak kira la kejar bas ke.. kejar kete ke.

me peminat k-drama tegar hehehe

Dira said...

@yatt: haa, betul2.. :)

 

Designed by : Diera Cikimon