Saturday, May 30, 2015

Trip Jakarta - Bandung 2015 - Part 2

Assalamualaikum,
Hello Peeps!

Hai bertemu lagi kita pada part kedua. Ok, kalau entry yang pertama haritu berakhir di tempat tebus air free, so aku sambung ke destinasi seterusnya iaitu ladang strawberi. Ladang strawberi ni nak masuk kena bayar tau. Bayaran yang dikenakan adalah 10k rupiah. Kat situ macam biasalah, kita boleh petik strawberi sebanyak mana yang kita nak tapi kena bayar la uolss. Bukan free. Harga strawberi untuk 1kg adalah 50k rupiah.
Inilah rupa ladang strawberi tu. Waktu tengah syok petik strawberi sekali hujan pulak. So berlari ala-ala memori daun pisang la cari tempat berteduh. *Hujan tak lebat pun sebenarnya* ;p
Ni hasil tangkapan aku. Bekas kemain gabak tapi ni je yang aku petik sebab aku tak berapa suka sangat strawberi ni. Tapi tak de lah tahap tak makan. Makan ala kadar cam tu je. Waktu timbang pun naik satu bunga je. 5k rupiah je kena bayar.

Sunday, May 24, 2015

Trip ke Jakarta - Bandung 2015 - Part 1

Assalamualaikum,
Hello peeps!

Entry pertama untuk bulan Mei. Kali ni nak cerita pasal trip aku ke Jakarta-Bandung pada 23 - 26 April lepas. Ini merupakan trip pertama ke negara jiran. Excited tak payah nak cakap la kan. Dari bulan September 2014 beli tiket uolss kira-kira tujuh bulan jugak la menunggu demi tiket murah.hik3..Berjinggut menanti tapi penantian berakhir dengan jayanya *cewahhh*. Actually, trip kali ni aku rasa macam tak cukup hari plak. Tak sempat nak rasa bosan dah kena balik Malaysia. *Ko rasa petanda apakah ini?* Nak kena pergi lagi la! Tapi memang niat di hati nak pergi lagi pun. Tapi kali ni nak terus ke Bandung. Tak mau dah ke Jakarta dan terus ke Bandung guna jalan darat. Jauh! Tak larat nak berkampung dalam van -,-". Banyak masa terbuang macam tu je. Masa itu emas! *waktu mcm ni lah baru kau nak sedar masa itu emas*.

Ok, untuk tempat penginapan dan transport semasa berada kat sana, aku ngan kawan-kawan aku dah setelkan awal-awal. Waktu kat sana, aku telah menggunakan khidmat supir Ayung Bandoeng Tour. Kepada sesiapa yang berminat boleh refer terus ke Facebook Ayung kat sini. InsyaAllah berpuas hati dengan servisnya. Part hotel plak, kawan aku si chikicicok telah mensetelkan perkara tersebut. Kami telah memilih Pop Hotel Festival CityLink untuk penginapan di Bandung dan Tune Hotel a.k.a Red Planet masa kat Jakarta. Harga bagi kedua-dua hotel ni boleh dikira sebagai mampu milik berbaloilah. Untuk tempahan hotel tu, saudara-saudari, pakcik makcik, kakak,abang,adik boleh la book di Agoda dan booking.com. Lagi mudah dan murah. 

Kat bawah ni aku nak tempek gambar-gambar masa kat sana. Part gambar ni pun frust jugak sebab tak berapa nak banyak. So, konklusinya memang kena pergi sana lagi lah dalam erti kata lain. :p

Saturday, April 4, 2015

Trip ke Universal Studio Singapore

Assalamualaikum
Hello peeps!

Second entry for 2015. Ok la kan. At least ada la jugak entry untuk blog yang hidup segan mati tak mahu ni :p. Entry kali ni aku nak cerita pasal USS. First time pergi, mestila excited lebih uols. ;p.. Actually dah lama nak pergi sana tapi plan asyik klaut je. Tak pernah nak jadi. Tapi untuk trip ni adalah last minute punya plan. Yes. Last minute ok. Tetiba je satu malam tu aku ajak kawan aku pergi sana. And then dia cakap ok. Lepas tu malam esok tu aku ajak housemate aku then dia pun setuju terus cari tiket tren.Tiket tren dah beli tapi tiket uss belum beli lagi. Memula nak redah je. Beli tiket kat sana on the spot. Tetiba kawan aku baca paper and terjumpa promosi sempena ulang tahun resort world. So, tak tunggu dah terus beli online.hehe..So setel masalah. Harga tiket time tu lebih kurang RM155 lepas campur tax kad kredit. Oh ya, tiket tu termasuklah baucer makan SGD10, souvenir SGD5 tapi kena belanja at least SGD30 baru boleh guna dan parking untuk 1 hari kat sana.

Bila tiket-tiket dah setel, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.keh3..Bertolak dalam pukul 10.30 malam dari KL Sentral dan sampai di Woodland jam 7 pagi. Disebabkan perjalanan malam so kita orang ambik superior night class. Senang. Naik je terus tido. Tak payah nak fikir lenguh, penat bagai. Harga tiket tren tu tak de lah mahal mana. RM40 untuk katil atas and RM46 untuk katil bawah. Hari tu kita orang memang dapat tiket lebihan je. Maklum la last minute. Tak boleh nak pilih nak katil atas or bawah.Belasah je semua sebab tiket ngam2 untuk 4 orang.

Ok, dipendekkan cerita, kita orang sampai di Woodland CIQ lebih kurang jam 7 pagi. Lepas tu terus isi borang masuk sana. Waktu kat sini ramai dok berebut pen. So, nasihat aku, standby siap-siap pen kat dalam handbag tu. Tak payah la nak berebut nanti. Lepas dah setel semua terus kita orang ambik bas untuk ke stesen MRT terdekat. Nasib baik la ada kawan aku yang tak buta peta. Kalau harapkan kat aku alamatnya memang tak sampai la kat USS tu -_-".

Lepas tempuh perjalanan yang mencabar maka sampai lah kami di USS. Hello USS!!! kiki

Oh ya,Gambar ni ihsan dari pak cik google. sebabnya aku tak de gambar yang betul2 kat depan ni. sob3..Disebabkan terlampau ramai orang waktu sampai tu, so kita orang decide nak ambik gambar kat sini waktu balik tapi disebabkan keluar dari USS pun dah tak nampak tanah, so gambar kat sini tak berapa nak cun. uhuk3....

Sunday, March 22, 2015

Bukit kembara

Assalamualaikum
Hello peeps!


Ya ampun..lama gile gile gile tak menulis.Agak-agak ada penunggu tak kat sini?Choi! Tak sayang mulut betul. Ok2, berbalik kepada tajuk entri kali ni, aku cerita pasal Bukit Kembara. Kat mana Bukit Kembara ni? Haa, Bukit Kembara ni dekat Ampang. Dekat sangat dengan Kelab Darul Ehsan. Sebenarnya masa nak pergi tu sesat la jugak tapi lepas dah tanya-tanya orang akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju.

Bila dah sampai kat tempat laluan nak naik ke bukit tu rasa macam "eh betul ke tempat ni?" tambah-tambah pulak masa tanya jalan kat makcik sorang ni, dia siap cakap "berani ke awak nak naik sana tu?" haish, makcik telah mengspoilkan semangat kami. Tapi nasib baik tak sempat pudar.

Ok, laluan nak naik ke Bukit Kembara ni tepi rumah orang tau. Tapi rumah orang tu agak scary la jugak. Sebab apa aku cakap agak scary? Sebabnya rumah tu macam rumah tinggal. Kereta kat depan rumah tu pun berhabuk je. Tapi semangat nak naik bukit punya pasal,masing-masing diam je. Cakap dalam hati je. Maklum la, masuk hutan mana boleh mulut celupar. 
Ni la rumah yang aku cakap tu. Kalau nampak rumah ni, maknanya korang berada di jalan yang benar.hihi..
 

Designed by : Diera Cikimon