Saturday, May 30, 2015

Trip Jakarta - Bandung 2015 - Part 2

Assalamualaikum,
Hello Peeps!

Hai bertemu lagi kita pada part kedua. Ok, kalau entry yang pertama haritu berakhir di tempat tebus air free, so aku sambung ke destinasi seterusnya iaitu ladang strawberi. Ladang strawberi ni nak masuk kena bayar tau. Bayaran yang dikenakan adalah 10k rupiah. Kat situ macam biasalah, kita boleh petik strawberi sebanyak mana yang kita nak tapi kena bayar la uolss. Bukan free. Harga strawberi untuk 1kg adalah 50k rupiah.
Inilah rupa ladang strawberi tu. Waktu tengah syok petik strawberi sekali hujan pulak. So berlari ala-ala memori daun pisang la cari tempat berteduh. *Hujan tak lebat pun sebenarnya* ;p
Ni hasil tangkapan aku. Bekas kemain gabak tapi ni je yang aku petik sebab aku tak berapa suka sangat strawberi ni. Tapi tak de lah tahap tak makan. Makan ala kadar cam tu je. Waktu timbang pun naik satu bunga je. 5k rupiah je kena bayar.

Haa, ni plak keropok strawberi. Sedap baq hang! Menyesal beli satu plastik je. So, memang kena pergi lagi ni walau cam mana pun ;p. Harga keropok ni pulak 10k rupiah sahaja. Lepas selesai petik memetik strawberi kami terus bergerak ke lokasi seterusnya. Tapi sebelum tu berhenti isi perut dulu. Nama kedai tak tahu nama apa tapi menu istimewa kat situ adalah ayam brengset.Slurrpppp! Jilat jari baq hang walaupun harga agak brengset mahal tapi puas hati!
Ni la rupa kedai makan tu. Aku and the gang pilih tempat makan kat atas. Gigih panjat tangga semata-mata nak makan. Pastu jenuh nak panggil orang ambil order. Tapi senang je sebenarnya nak panggil. Just ketuk beduk ke apa ntah namanya. Alaa, yang orang guna kat surau untuk panggil orang solat tu. Dapat bayang tak? Tak dapat bayang sudah! ;p Once dah ketuk benda alah tu nanti datang la waiter/waitress nya.
Haa, ini lah rupa ayam brengset tu. Slurrrpppp! Dah balik sini pun dok teringat lagi. Masa mula-mula tengok macam tak mau makan sebab bau dia muak dan takut pedas. Sebab dia taruk cili hijau tu. Aku pulak memang jenis tak makan pedas. Siap order menu lain lagi. Sekali try, terus tak cukup seketui. ;p
Lepas kenyang perut senang hati, pak supir terus bawak kami ke rumah kain. Tak sure la plak apa nama tempat tu. Kain dia banyak sangat sampai aku naik pening and nampak sume kain tak cantik! haha.. so aku ambil keputusan untuk tunggu orang pilih and bila orang tu tak jadi ambil aku get ready untuk rembat. ;p Jenuh jugak la nak pilih sebab kain dia pun dah bersepah-sepah. Tambah aku pulak g sepah-sepahkan pulak. Double bersepah la dik non oi. 

Dah penat sepah-sepah kan rumah kain, aku and the gang bergerak lagi untuk ke tempat makan. Makan lagi? Jangan salah faham dik non sekalian. Aku dok pilih kain kat rumah kain tu kemain lama. Dari nampak tanah sampai keluar nak balik tu tak nampak jalan dah. Nasib baik la pak supir nya baik. Sabar je nunggu. -_____-"
Ni tempat yang di cadangkan oleh pak supir kami. Stone Cafe. Cafe ni kat atas bukit. Sambil makan boleh la melihat keindahan malam. Gittewww ;p
Siap ada bantal lagi. Nak makan sambil baring pun boleh la pendek kata. Sewaktu makan kat sini, kita akan ditemani oleh live band. So, dik non boleh la request lagu. Macam kawan aku kemain banyak dia request lagu tapi diorang pilih satu je. Sakitnya tuh di sini *sila nyanyi dengan nada yang betul ya*

Rasanya dah habis la kot entry ni. Dah tak tau nak tulis apa dah :D Btw, untuk airport tax, semua dah masuk dalam kita punya tiket. Kalau sebelum ni kita kena asing siap-siap duit takut terguna and tak ada duit nak bayar tapi kali ni dun worry, semua dah setel. Tapi untuk keselamatan better tinggal la jugak saki baki terakhir. Mana tau tetiba nak kena bayar apa-apa kan. So, sampai sini saja lah ya. 

Bye!




3 comments:

TIPS BERCUTI KAT BANDUNG said...

sallam..
Tuan/Puan..

Kami dari BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT
menawarkan sewa kereta murah dan service ok!
untuk melancong di bandung dan di jakarta..
kami juga memiliki driver yang berpengalaman di bidang pelancongan,
dan kami juga menjamin ke selesaan kereta nya..
harga kereta yang kami tawarkan :

-toyota avanza
-suzuki APV
-daihatsu luxio
-suzuki ertiga
-kijang inova
-KIA Pregio
-isuzu ELF (15 seat)
-isuzu ELF (19 seat)

Harga dijamin berpatutan dan jimat tentu dengan service yg tetap memuaskan hati..
harga kereta tersebut sudah termasuk :

-minyak/petrol
-parking
-tol
-driver meal

per hari nye kereta boleh guna dari pukul 08AM hingga 10PM

kami juga menyediakan pakej hotel + transport seperti :

3D2N :
*untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

4D3N :
*untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)

5D4N :
*untuk bercuti dalam ramai orang (special price boleh whatsapp saya)
**jangan ter agak-agak bila Tuan/Puan menginginkan pakej yang sesuai bajet..

Group yang telah kami layani adalah dari :
- Kelab Proton Malaysia
- UITM Malaysia
- TV3 Malaysia
- rombongan group shopping dari Brunei Darusallam
- etc

Service inshaAllah memuaskan, sila tengok pelbagai testimoni2 dari bermacam client kami dalam halaman facebook kami

hotel yang kami sediakan terjamin keselesaan nye, confirm free breakfast buffet, wifi and other hotel facility..

"YOUR COMFORT AND YOUR SATISFACTION IS OUR TRADITION"

Sila lawari TIPS BERCUTI JIMAT KAT BANDUNG

untuk mengenai pakej selengkap nya,Tuan/Puan boleh hubungi kami kat :

whatsapp : +62 83821789103
call : +62 8812057848
email : bandungamanahtour@yahoo.com
FB page : BANDUNG AMANAH TOUR AND TRANSPORT

Anis Shafika said...

Bestnya pergi bandung. Anis pernah pergi masa tahun 2014 :D

Cik Ciki said...

Hai. tq 4 ur comment.Kann...even dh lama masih teringat2 lagi ni. Kena pergi lg ni :D

 

Designed by : Diera Cikimon