Saturday, April 4, 2015

Trip ke Universal Studio Singapore

Assalamualaikum
Hello peeps!

Second entry for 2015. Ok la kan. At least ada la jugak entry untuk blog yang hidup segan mati tak mahu ni :p. Entry kali ni aku nak cerita pasal USS. First time pergi, mestila excited lebih uols. ;p.. Actually dah lama nak pergi sana tapi plan asyik klaut je. Tak pernah nak jadi. Tapi untuk trip ni adalah last minute punya plan. Yes. Last minute ok. Tetiba je satu malam tu aku ajak kawan aku pergi sana. And then dia cakap ok. Lepas tu malam esok tu aku ajak housemate aku then dia pun setuju terus cari tiket tren.Tiket tren dah beli tapi tiket uss belum beli lagi. Memula nak redah je. Beli tiket kat sana on the spot. Tetiba kawan aku baca paper and terjumpa promosi sempena ulang tahun resort world. So, tak tunggu dah terus beli online.hehe..So setel masalah. Harga tiket time tu lebih kurang RM155 lepas campur tax kad kredit. Oh ya, tiket tu termasuklah baucer makan SGD10, souvenir SGD5 tapi kena belanja at least SGD30 baru boleh guna dan parking untuk 1 hari kat sana.

Bila tiket-tiket dah setel, hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.keh3..Bertolak dalam pukul 10.30 malam dari KL Sentral dan sampai di Woodland jam 7 pagi. Disebabkan perjalanan malam so kita orang ambik superior night class. Senang. Naik je terus tido. Tak payah nak fikir lenguh, penat bagai. Harga tiket tren tu tak de lah mahal mana. RM40 untuk katil atas and RM46 untuk katil bawah. Hari tu kita orang memang dapat tiket lebihan je. Maklum la last minute. Tak boleh nak pilih nak katil atas or bawah.Belasah je semua sebab tiket ngam2 untuk 4 orang.

Ok, dipendekkan cerita, kita orang sampai di Woodland CIQ lebih kurang jam 7 pagi. Lepas tu terus isi borang masuk sana. Waktu kat sini ramai dok berebut pen. So, nasihat aku, standby siap-siap pen kat dalam handbag tu. Tak payah la nak berebut nanti. Lepas dah setel semua terus kita orang ambik bas untuk ke stesen MRT terdekat. Nasib baik la ada kawan aku yang tak buta peta. Kalau harapkan kat aku alamatnya memang tak sampai la kat USS tu -_-".

Lepas tempuh perjalanan yang mencabar maka sampai lah kami di USS. Hello USS!!! kiki

Oh ya,Gambar ni ihsan dari pak cik google. sebabnya aku tak de gambar yang betul2 kat depan ni. sob3..Disebabkan terlampau ramai orang waktu sampai tu, so kita orang decide nak ambik gambar kat sini waktu balik tapi disebabkan keluar dari USS pun dah tak nampak tanah, so gambar kat sini tak berapa nak cun. uhuk3....

Istana En Shrek

Makan kat sini tak payah risau. Memang ada kedai-kedai yang halal. Kalau nak mudah, ambik pamplet siap2 waktu masuk tu. Kat dalam pamplet tu memang dah ada tanda siap-siap tempat makan yang halal.


Time ni tengah beratur tunggu turn nak naik kereta transformer ni. Kemain panjang beratur untuk naik benda-benda ni semua. *Sigh* Tapi hasilnya tak mengecewakan la.hehe


Actually ada banyak lagi gambar tapi rasanya cukup lah tepek yang ni dulu. Btw, dalam banyak2 permainan yang dorang sediakan tu, aku paling suka the mummy. Syok wooo! Sampai 3 kali aku naik. Waktu petang memang dah tak ramai orang dah. Tetiba rasa menyesal je waktu pagi tu dok pulun beratur. Buang masa macam tu je *sigh*. Nanti kita tunggu roller coaster besar tu buka, kita g skali lagi ye. Eh!

Ok, disebabkan harga tiket yang mahal, maka kami memang tidak sia-siakan waktu untuk keluar awal dari situ. Kita orang betul-betul keluar bila langit dah gelap dan tanah tak berapa nak nampak.kiki..Ye la, bukan selalu boleh datang macam ni.Lepas dah habis bergumbira, kami terus beli tiket bas ke Johor Bahru. Kaunter tiket tu memang dekat dengan USS tu je. So tak susah la. Harga tiket SGD10. Malam tu kami bermalam di JB. Oh ya, untuk hotel kita orang memang dah book siap kat Agoda. Tinggal nak check in je. 

Rasanya itu sajalah untuk entri kali ni. Tak sabar nak tunggu next trip plak. Harap2 semuanya berjalan lancar. 

Bye!

No comments:

 

Designed by : Diera Cikimon