Tuesday, October 17, 2017

Trip Jogjakarta 2017


Assalamualaikum
Hello peeps!


Tetiba rasa macam setahun sekali pulak update blog ni. -.-" Btw, untuk entry kali ni, aku nak share itinerary 4 hari 3 malam di Jogjakarta. Itinerary ni pun bukan geng pengembaraan aku yang buat tapi dapat dari pak supir yang bawa kami. Kami just mention nak pergi ke mana dan dia tolong susunkan based on laluan yang sesuai. Ok tak mau nak tulis panjang-panjang. Kat bawah ni itinerary untuk rujukan masa depan kot-kot ada yang mencari itinerary yang sesuai. Oh ya, flight aku dari KL-JOG 6.30 pagi dan sampai sana jam 8.00 waktu Jogja.Kat sana lambat 1 jam dari Msia.

Hari Pertama

Airport pickup
Sultan Palace (Bagi uols yang xberapa suka tempat-tempat sejarah, tempat ni agak krik2 skit ya -.-". Jadi bagi mengelakkan krik2 tu uols boleh upah tour guide untuk ceritakan sejarah kat situ)
Taman Sari
Rumah Batik
Lunch (makan nasi padang tapi lupa nama kedai. dr segi rasa biasa-biasa je)
Gumuk Pasir
Parangtritis Beach
Alun-Alun Kidul (Kami lalu je sambil tengok2. Alun-alun kidul ni kereta-kereta yang dipasang lampu) nak tau lebih lanjut boleh google.
Check-in

Hari Kedua

Bukit Barade 
Gereja ayam
Lunch 
Kalibiru
Shopping batik (Lupa lagi nama kedai sebab last minute supir bawak)
Dinner (xtau nak makan apa so minta supir recommend kan tp nasib tak menyebelahi sebab kedai yang patut direcommend tutup berikutan ada kematian tp supir bawa ke kedai makanan local jg iaitu gudeg. rasa gudeg kena cuba sdiri.lain org, lain citarasa *peace*)

Hari Ketiga

Merapi Jeep Tour
Timang Beach
Lunch (makan lobster uolsss. sedap.tempat makan dia xtau nama apa tp  tempat yang sama untuk naik jeep untuk ke Timang Beach)
Bakpia (kuih wajib beli kalau ke Jogja)
Kaos *xsure apa nama betul dia tapi dalam bentuk kedai la tempat ni -,-"* (singgah beli t-shirt tp harga t-shirt sini agak mahal. *bye duit*)
Malioboro (nak beli souvenir bagus beli kat sini.Boleh tawar menawar.t-shirt pun dua kali ganda lagi murah.dari segi kualiti lebih kurang jgk dengan kaos tu *nangis lagi*)

Day 4

Hutan Pinus, Puncak Becici
Airport Transfer (flight kami jam 1145 pagi)
Tamat Pengembaraan di Jogja

So, sebelum aku tamatkan entry ni, nah aku payungkan beberapa keping gambar kat Jogja. *Jangan cakap sis tak payung* :P

Ni pantai Parangtritis. Cantik sangat. Kat sini juga ada beberapa spot ambil gambar yang berbayar tapi dah lupa brapa rate dia. Tp mur mur ja dan yang paling best ambil la banyak mana yang korang nak. 



Ini pula Bukit Barade. Actually, kalau ikut itinerary asal kami ke Punthuk Setumbu untuk tengok sunrise tapi disebabkan kereta supir ada masalah dan disebabkan kami pun terlambat bangun so supir bawa kami ke sini dan kami still sempat tengok sunrise. Tempat ni masih baru dan dalam proses untuk mempromosikan tempat ni juga kepada tourist


Gereja Ayam. Kat sini xde apa sangat pun sebenarnya. Femes sebab dah termasuk dalam salah satu scene Ada Apa Dengan Cinta. Tapi dah alang-alang datang apa salahnya singgah ke sini sekejap. Oh ya, kalau nak ke sini kena panjat-panjat sikit. Tapi tidak la tinggi. Kalau rasa  tak larat boleh  gunakan khidmat jeep yang disediakan tp of course la berbayar ya. 


Gambar kat bawah ni bahagian dalam Gereja Ayam.


Selepas panjat memanjat di Bukit Barade dan Gereja Ayam, kami menjamu selera di Sekar Kedhaton Restaurant. Makanan dia memang ummpphh! Very Recommended. Kat sini juga ada tempat jualan barangan silver dan souvenir seperti kopi-kopi,beg dan macam-macam lagi. Tp dari segi harga agak mahal sedikit namun ada beberapa souvenir yang mungkin tak akan dapat ditempat lain.

                                                

Ok ni sis nak payung gambar set makan tengah hari yang ada lobster. Ni pun umphh! Wajib singgah sebelum ke Timang Beach

                                       

Kasi zoom skit lobster tu :P
                                       
Lepas dah kenyang isi perut dengan lobster kita ke Timang Beach. Oh ya, jalan ke TImang Beach ni agak mencabar, so kat situ kita boleh pilih nak naik jeep or motorsikal. Kami memilih untuk menaiki jeep dan harga dia, sori lupa lagi. Tapi don't worry, pandai-pandai la bahagikan antara kawan-kawan korang supaya sama rata :P



Ok tamat sudah apa yang nak diceritakan. Oh ya, kat sini aku tak pergi pun candi berikutan harga yang agak mahal bagi aku. Supir ada suggest nak bawa ke Candi yang FOC untuk masuk tapi xsempat berikutan terkena 'rasukan' kalau terjumpa kedai untuk shopping. Habis terbabas mama :P

Untuk korang yang perlukan khidmat supir, boleh whatsapp Pok Donny +62 878 3925 9234. 

Thanks for reading! 

No comments:

 

Designed by : Diera Cikimon