Saturday, May 30, 2015

Trip Jakarta - Bandung 2015 - Part 2

Assalamualaikum,
Hello Peeps!

Hai bertemu lagi kita pada part kedua. Ok, kalau entry yang pertama haritu berakhir di tempat tebus air free, so aku sambung ke destinasi seterusnya iaitu ladang strawberi. Ladang strawberi ni nak masuk kena bayar tau. Bayaran yang dikenakan adalah 10k rupiah. Kat situ macam biasalah, kita boleh petik strawberi sebanyak mana yang kita nak tapi kena bayar la uolss. Bukan free. Harga strawberi untuk 1kg adalah 50k rupiah.
Inilah rupa ladang strawberi tu. Waktu tengah syok petik strawberi sekali hujan pulak. So berlari ala-ala memori daun pisang la cari tempat berteduh. *Hujan tak lebat pun sebenarnya* ;p
Ni hasil tangkapan aku. Bekas kemain gabak tapi ni je yang aku petik sebab aku tak berapa suka sangat strawberi ni. Tapi tak de lah tahap tak makan. Makan ala kadar cam tu je. Waktu timbang pun naik satu bunga je. 5k rupiah je kena bayar.

Sunday, May 24, 2015

Trip ke Jakarta - Bandung 2015 - Part 1

Assalamualaikum,
Hello peeps!

Entry pertama untuk bulan Mei. Kali ni nak cerita pasal trip aku ke Jakarta-Bandung pada 23 - 26 April lepas. Ini merupakan trip pertama ke negara jiran. Excited tak payah nak cakap la kan. Dari bulan September 2014 beli tiket uolss kira-kira tujuh bulan jugak la menunggu demi tiket murah.hik3..Berjinggut menanti tapi penantian berakhir dengan jayanya *cewahhh*. Actually, trip kali ni aku rasa macam tak cukup hari plak. Tak sempat nak rasa bosan dah kena balik Malaysia. *Ko rasa petanda apakah ini?* Nak kena pergi lagi la! Tapi memang niat di hati nak pergi lagi pun. Tapi kali ni nak terus ke Bandung. Tak mau dah ke Jakarta dan terus ke Bandung guna jalan darat. Jauh! Tak larat nak berkampung dalam van -,-". Banyak masa terbuang macam tu je. Masa itu emas! *waktu mcm ni lah baru kau nak sedar masa itu emas*.

Ok, untuk tempat penginapan dan transport semasa berada kat sana, aku ngan kawan-kawan aku dah setelkan awal-awal. Waktu kat sana, aku telah menggunakan khidmat supir Ayung Bandoeng Tour. Kepada sesiapa yang berminat boleh refer terus ke Facebook Ayung kat sini. InsyaAllah berpuas hati dengan servisnya. Part hotel plak, kawan aku si chikicicok telah mensetelkan perkara tersebut. Kami telah memilih Pop Hotel Festival CityLink untuk penginapan di Bandung dan Tune Hotel a.k.a Red Planet masa kat Jakarta. Harga bagi kedua-dua hotel ni boleh dikira sebagai mampu milik berbaloilah. Untuk tempahan hotel tu, saudara-saudari, pakcik makcik, kakak,abang,adik boleh la book di Agoda dan booking.com. Lagi mudah dan murah. 

Kat bawah ni aku nak tempek gambar-gambar masa kat sana. Part gambar ni pun frust jugak sebab tak berapa nak banyak. So, konklusinya memang kena pergi sana lagi lah dalam erti kata lain. :p

 

Designed by : Diera Cikimon